Monday, November 5, 2012

SEMINAR KEPENGGUNAAN HALAL - 7/11/2012

SEMINAR KEPENGGUNAAN HALAL akan diadakan pada Hari Rabu, 7/11/2012 jam 8 pg - 1 tgh di Komplek Islam, Johor Bahru. Tema " Memperkasa Hak Pengguna melalui Perundangan". Jika berminat untuk hadir, sila hubungi Setiausaha PPBNJ, Hj Hisham 0137704221

Wednesday, October 24, 2012

Friday, September 7, 2012

JEMPUTAN MAJLIS AIDIL FITRI YAYASAN WARISAN JOHOR 10/9/2012

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Warisan Johor

Tarikh:   Hari Isnin 10 September 2012.
Masa :    12.00 t/hari hingga 6.00 petang.
Tempat: Yayasan Warisan Johor, 
             Jalan Mariamah, 
             Johor Bahru. 

Semua pihak atau individu yang telah menjayakan Jelajah Amal Ramadhan 2012 adalah di jemput hadir.

Wednesday, August 15, 2012

Monday, August 6, 2012

JADUAL PERJALANAN JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - SIRI KE 3 (12/8/2012)


JADUAL PERJALANAN JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 :
 JB - KLUANG - BATU PAHAT - PONTIAN
SIRI KETIGA - 12 HB OGOS 2012


1 0830        BERLEPAS DARI YAYASAN WARISAN JOHOR
 
2        0915 DEWAN ORANG RAMAI. LAYANG2, KLUANG

3        1020 DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL, KLUANG

4        1113 KAMPUNG RAHMAT, KLUANG

5        1155 KOMPLEK PENGHULU MKM 8, SERI GADING,
                                        PARIT RAJA, BATU PAHAT

6        1251 MASJID SULTAN ISMAIL  BATU PAHAT
1314        SEMBAHYANG ZUHUR / JAMAK TAQDIM
1400        MASJID SULTAN ISMAIL  BATU PAHAT

7        1403 KOMPLEKS PENGHULU MKM 3, PESERAI, BP

8        1459 MUKIM 10, SEK. KEBANGSAAN KAMPUNG
                                        BARU, BT PAHAT

9        1535 BALAIRAYA DEWAN SUNGAI DULANG,
                                       RENGIT, BATU PAHAT

10        1651 KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS,
                                        PONTIAN

                CERAMAH / TASKIRAH
1918        Berbuka Puasa

Thursday, August 2, 2012

JADUAL PERJALANAN JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - SESSI KE DUA 5/8/2012


JADUAL JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 :
 JB - KULAIJAYA - BT PAHAT - MUAR - LEDANG - SEGAMAT
HARI KEDUA - 5 HB OGOS 2012


1 0900  BERLEPAS DARI YAYASAN WARISAN JOHOR
 
2         0935 DEWANRAYA KAMPUNG RAHMAT, KULAIJAYA

3         1136   KG JAYA SEPAKAT, CHAAH, BATU PAHAT

4         1314 MASJID KAMPUNG SIMPANG BABA, MUAR
1317        SEMBAHYANG ZUHUR / JAMAK TAQDIM ASAR
1400         MASJID KAMPUNG SIMPANG BABA, MUAR

5         1456 MASJID PEKAN PANCHOR, MUAR

6         1532 DEWANRAYABUKIT GAMBIR, LEDANG

7         1654 BALAIRAYA GEMEREH, SEGAMAT

8         1732 BALAIRAYA KAMPUNG TANDUNG,
                                        BULOH KASAP, SEGAMAT

9         1808 MASJID KAMPUNG SULIR, SEGAMAT

Tuesday, July 24, 2012

JADUAL JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - SIRI PERTAMA 29/7/2012


JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 : JB - KOTA TINGGI - MERSING
HARI PERTAMA - 29 HB JULAI 2012

Aturcara

1.  0840 pg - BERLEPAS DARI YAYASAN WARISAN JOHOR

2.  0847        RUMAH KEBAJIKAN ORANG2 TUA KEMPAS

3.  0909        DESA NUSA MUTIARA, JOHOR BAHRU

4. 1005         BALAIRAYA KAMPUNG MULIA, SG TIRAM, JOHOR BAHRU

5. 1109         PUSAT TAHFIZ KG PANTI KOTA TINGGI

6. 1135         MASJID KAMPUNG MAKAM, KOTA TINGGI

7. 1226         MASJID KAMPUNG MAWAI BAHARU, KOTA TINGGI

    1314
                     SEMBAHYANG ZUHUR
   1403
                     BERLEPAS DARI MASJID KAMPUNG MAWAI BAHARU, KOTA TINGGI
 

8. 1534         MASJID KG SEMENYIR, ENDAU

   1636          SEMBAHYANG ASAR

   1719          BERLEPAS DARI MASJID KG SEMENYIR, ENDAU

9.  1749        MASJID JAMEK MERSING

                    CERAMAH / TASKIRAH
    1919        Berbuka Puasa
                    Sembahyang Maghrib
                    Bersurai

Monday, July 23, 2012

JELAJAH AMAL RAMDHAN 2012 SIRI PERTAMA 29/7/2012

JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - SIRI PERTAMA (JB-KT-MERSING) akan berlangsung pada Hari Ahad, 29/7/2012. Peserta2 Konvoi yang ingin turut serta ( semua jenis kenderaan termasuk motor berkuasa tinggi ), sila berada di Yayasan Warisan Johor / Iklas Yayasan Warisan Johor, JKR 304, Jalan Mariamah, Johor Bahru pada jam 7.30 pagi. Sessi perlepasan olih YB Asiah, EXCO Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor akan dilaksanakan pada jam 8.30 pagi. Sila pastikan kenderaan berada didalam keadaan baik dan telah di isi penuh dengan minyak. Terbuka kepada peserta yang berminat untuk menyertai tanpa sebarang prejudis. Tempat adalah terhad kepada 50 buah kenderaan sahaja. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Abd Lah Awang I (019 777 0435).

Thursday, July 19, 2012

SALAM RAMADHAN


www.123greetings.com
Send your wishes for a blessed Ramadan.

Monday, July 9, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN


SELAMAT ULANG TAHUN !!!
Selamat Hari Lahir Ke87 kepada Tun Dr Mahathir Mohamed. 
Semoga Allah S.W.T Kurniakan Kekuatan & Kesihatan Yang Baik Untuk Tun Terus Teguh Dalam Perjuangan.. Amin





Monday, June 4, 2012

SEMINAR PEMBANGUNAN HALAL NEGERI JOHOR 2012

TAWARAN PENYERTAAN PESERTA UNTUK SEMINAR PEMBANGUNAN HALAL NEGERI JOHOR 2012
Tarikh : 16 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Besar, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
Penyertaan adalah PERCUMA.
Berminat sila hubungi Pn.Hazlina Minhad 07-222 17 67 untuk kehadiran.

Wednesday, May 23, 2012

HAK-HAK PENGGUNA


Apakah Hak-Hak Pengguna?
  • Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
  • Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
  • Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
  • Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.
Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan  tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
Aduan Pengguna
  • Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
  • Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
  • Talian bebas tol
1 - 800 - 886 - 800
  • Portal Rasmi:

Pengguna sering ditipu menerusi:
    • Penipuan Perkhidmatan
    • Penipuan Harga
    • Cetak Rompak
    • Penipuan Jualan Langsung
    • Produk Tiruan
    • Tanda Harga Yang Mengelirukan
    • Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
    • Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
    • Penipuan Perjanjian Sewa Beli

Sunday, May 20, 2012

MESYUARAT AJK JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012

Mesyuarat AJK Jelajah Amal Ramadhan 2012 akan diadakan pada jam 9.00 pagi, Hari Khamis, 24hb Mei 2012, bertempat di Bilek Mesyuarat, Yayasan Warisan Johor. Kehadiran amatlah di hargai.

MESYUARAT AJK PPBNJ - 23/5/2012

MESYUARAT AJK PPBNJ akan diadakan pada jam 10.00 pagi, Hari Rabu, 23/5/2012, bertempat di 24-02, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, Johor Bahru. Kehadiran semua AJK adalah di hargai.

Thursday, May 17, 2012

MAKLUMAN BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM

MAKLUMAN DARI BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM 

Dimaklumkan bahawa sehingga kini pihak Jakim belum melantik secara rasmi mana-mana pihak luar yang menjalankan aktiviti konsultasi pensijilan halal. Walaubagaimanapun, pihak Jakim tiada halangan jika pihak syarikat ingin menggunakan khidmat konsultasi pihak luar dalam pensijilan halal. Sebarang risiko adalah ditanggung oleh pihak syarikat.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/275-makluman-dari-bahagian-hab-halal-jakim

HALAL INFO BOOK

Halal Info Book for Young Generation

1. What Is Halal? / Apa itu halal? (RM 5 each)
2. Halal Activity Book / Buku Aktiviti Halal (RM 8 each)

* Price not include postage/harga tidak termasuk pos.
Contact : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.124296157694587.2500.109852599138943&type=1

PEKELILING PENSIJILAN HALAL


PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2012
PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM

TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan pengkitirafan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM dengan merujuk kepada Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2012 tentang perkara perakuan perihal halal bagi niakanan dan barang-barang import.

LATAR BELAKANG

2. Dalam melaksanakan pensijilan halal, JAKIM turut membuat pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara bagi mengesahkan status halal sumber bahan mentah dan produk siap atau separa siap yang dikeluarkan di negara berkenaan untuk tujuan pengimportan.

3. Objektif pengiktirafan ini adalah memastikan badan pensijilan halal tersebut melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan pensijilan halal dan pemantauan ke atas produk-produk yang dihasilkan di negara berkenaan. Untuk tujuan ini, badan pensijilan halal di negara pengeluar produk berkenaan telah diberi pengiktirafan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

4. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, terdapat isu dan masalah yang timbul berkenaan produk yang telah dipersijilkan halal oleh badan pensijilan halal luar negara terutama apabila badan pensijilan tersebut turut membuat pensijilan halal terhadap
produk yang dihasilkan di negara-negara luar. Hal ini menimbulkan kekeliruan tentang kualiti dan kesahihan status halal produk tersebut di kalangan pengguna lslam umumnya dan pihak industri khususnya.

5. Selain daripada itu, Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 memberi penekanan kepada produk import yang akan ditanda sebagai halal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai halal hendaklah diperakukan oleh badan pensijilan halal
luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara berkenaan. Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang yang diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKTM hendaklah menandakan pada
makanan dan barang-barang itu, dengan logo halal atau nama badan pensijilan tersebut.

KAEDAH PENGIKTIRAFAN BAGI BADAN.PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA

6. Secara umumnya, badan pensijilan halal luar negara yang ingin mendapatkan pengiktirafan daripada JAKIM perlu mendapat pengiktirafan sebagai sebuah organisasi tertakluk kepada undang-undang negara tersebut. Badan pensijilan tersebut juga perlu
mempunyai logo sendiri sebagai pengenalan identiti. Badan pensijilan yang ingin mendapatkan pengiktirafan JAKIM perlu memohon secara terus kepada Bahagian Hub Halal, JAKIM dengan mengisi borang permohonan yang telah ditetapkan dan menyertakan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

7. Audit pematuhan seterusnya dijalankan ke atas badan pensijilan tersebut. Antara aspek yang dinilai semasa audit pematuhan adalah keupayaan badan pensijilan tersebut bagi melaksanakan pensijilan halal. Hal ini termasuk aspek sumber manusia, sistem pensijilan, standard atau garis panduan halal, tenaga pakar dalam bidang syariah dan teknikal, sumber rujukan fatwa, pengurusan dan pengawalan rekod pensijilan serta pemantauan. Selain itu, audit pemerhatian juga akan dijalankan ke atas pusat penyembelihan dan kilang/loji pemprosesan makanan terpilih yang telah disahkan kaedah pengauditan

8. Hasil auditan akan dibentangkan di Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Luar Negara untuk mendapat keputusan Sekiranya keputusan permohonan untuk pengiktirafan diluluskan.oleh JAKIM, surat pelantikan akan diberikan kepada badan pensijilan halal tersebut. Senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM akan dimuatnaik di dalam laman web JAKIM. Bagi badan pensijilan yang gagal dalam permohonan, surat rasmi akan dikeluarkan untuk memaklumkan tentang perkara
tersebut. Badan pensijilan yang gagal dalam permohonan, boleh memohon semula selepas 6 bulan dari tarikh surat dikeluarkan setelah tindakan pembetulan dilakukan. Bagi badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, audit semula akan dijalankan selepas tempoh 2 tahun dari tarikh pelantikan dan badan pensijilan tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu.

HAD KUASA BAGI BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA
10. Had kuasa yang diberikan kepada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM bagi melakukan pensijilan halal kepada barang-barang import diklasifikasikan kepada keadaan berikut:
Bagi negara-negara lslam, pengiktirafan diberikan kepada pihak / agensi yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan negara berkenaan;
Bagi negara-negara bukan lslam, pengiktirafan halal ini adalah diberikan kepada badan pensijilan yang telah memenuhi syarat-syarat pengiktirafan yang ditetapkan oleh JAKIM; Pengiktirafan diberikan adalah hanya diberikan kepada pengesahan produk yang
dikeluarkan di negara berkenaan sahaja. Walaubagaimanapun pengecualian diberikan kepada:
a) negara-negara di Kesatuan Eropah. Bagi negara-negara di Kesatuan Eropah, pengiktirafan daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM adalah meliputi produk-produk yang dikeluarkan di negara berkenaan dan seluruh negara anggota di Kesatuan Eropah.
b) negara-negara yang masih tidak mempunyai badan pensijilan halal yang diiktiraf. Bagi negara-negara yang tiada badan pensijilan halal yang diiktiraf, pensijilan halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal negara berjiran adalah diterima.

TEMPOH PERALIHAN
11. Produk-produk atau bahan mentah yang menggunakan sijil halal badan pensijilan yang tidak diiktiraf oleh JAKIM, diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012
untuk bertukar kepada pengesahan halal oleh badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM untuk mematuhi pekeliling ini.

TARIKH KUAT KUASA
Pekeliling ini berkuat kuasa mulai daripada 1 Januari 2012.

PERTANYAAN
13. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada:
BAHAGIAN HAB HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
ARAS BAWAH, BLOK 2200, EB3,
PERSIARAN APEC,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

14. Pekeliling ini terpakai kepada semua barangan import yang ingin menggunakan
logo atau apa-apa penandaan termasuk penggunaan sebagai bahan mentah dalam
produk halal atau produk yang ingin memohon halal daripada JAKIM dan JAIN.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


(DATO', HJ OTHMAN BtN MUSTAPHA)
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan lslam Malaysia.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
PUTRAJAYA
FEBRUARI 2012


http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/263-pekeliling-pensijilan-halal-malaysia-bil32012

LOGO HALAL


Thursday, May 10, 2012

JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM

Program " JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM" akan dilaksanakan pada FASA I: 29 hb Julai 2012, FASA II: 5 hb Ogos dan FASA III: 12hb Ogos 2012. Program adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan IKHLAS, bersama2 Ngo ( JASRA / MAHKOTA BIKERS / ALUMNI 4B / KELAB RENTAS 4x4 / KRKPJB / PUSPANITA / GERAKAN BELIA 4B / PERSATUAN PENGHULU2 JOHOR / PERDASAMA JOHOR / PERSATUAN PENGGUNA BUMIPUTRA JOHOR / PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA JOHOR / DLL ). Pihak penganjur mengalu2kan SUMBANGAN daripada semua pihak yang berkesudian, didalam bentuk bahan makanan kering , pakaian ataupun wang ringgit untuk di agih2kan kepada Keluarga yang kurang berkemampuan. Bayaran fidyah juga akan di agihkan kepada golongan asnab yg layak. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Hj Zin ( 017 769 2945 / 07 226 3270 ) atau Tuan Hj Abdullah ( 019 777 0435).

Thursday, April 26, 2012

MELAYU JOHOR


RENUNGAN UTK BANGSA MELAYU JOHOR
MELAYU JOHOR

Oleh : Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang
Sasterawan Negara

Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat

Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Kerajaan Melayu Bentan

Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah.

Tuesday, April 10, 2012

PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG



Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Al-Haj dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Monday, April 9, 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPBNJ

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PPBNJ akan diadakan pada jam 9.00 pagi Hari Sabtu, 14hb April 2012, bertempat di Dewan Masjid Kampung Melayu, Johor Bahru. Mesyuarat Agong akan di rasmikan olih YB Datuk Hj Adam Simiru, ADUN Tg Puteri. Mana2 usahawan samada telah menjadi ahli atau tidak, yang berminat untuk turut serta didalam penjualan/ pameran produk, meja di sediakan. Sial berhubung dengan Tuan Setiausaha, Hj Hisham (013-7704221). Kehadiran adalah di hargai

MESYUARAT KHAS AJK PPBNJ

MESYUARAT KHAS AJK PPBNJ akan diadkan pada jam 10.00 pagi, 10/4/2012 bertempat di 24-02. Jalan Garuda 1, Larkin Perdana, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.

Monday, March 5, 2012

KONVENSYEN BICARA MELAYU

Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor akan mengadakan Konvensyen Bicara Melayu di Hotel M-Suite Johor Bahru pada 17 Mac mulai jam 2 petang. Prof Datuk Dr Zainal Keling dan Datuk Dr Malik Munip menjadi pembentang dgn Dato' Rohaini Ahmad akan menjadi moderator. Hubungi Sunawan Md Som (0197731264) untuk didaftarkan sebagai peserta

Thursday, March 1, 2012

AJK PERSATUAN PENGGUNA BUMIPUTERA NEGERI JOHOR (PPBNJ)

AJK PERSATUAN PENGGUNA BUMIPUTERA NEGERI JOHOR (PPBNJ) SESSI 2012/2013


1. PENGERUSI Tuan Haji Hashim bin Haji Haron
No. 99, Jalan Straits View
80000 Johor Bahru
Hp : 0127222888


2. TIMBALAN Encik Soekarno bin Talib
No. 20, Jalan Tenang 13
Taman Damai Jaya
81300 Johor Bahru
Hp : 0167234419


3. NAIB Puan Hajjah Norizan binti Tarmeze @ Ghazali
d/a Tetuan Norizan Tarmeze Associate
5A, jalan Padi Emas 6/2
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
Hp : 0197308837
Fax: 07-2348878


4.SETIAUSAHA Tuan Haji Hisham bin Haji Haron
No. 2-10, Sri Pahlawan A
Pangsapuri Bukit Saujana
80100 Johor Bahru
Hp : 013-7704221


5.BENDAHARI Puan Hajjah Juraini binti Mohd Salleh
No. 15, Lorong Maju
Kampung Melayu Majidee
81100 Johor Bahru
Hp : 0137997808


6.AHLI JAWATANKUASA Tuan Haji Zaini bin Atan
No. 18, Jalan Songkit 2
Taman Sentosa
80400 Johor Bahru
Hp : 0127708606


7. Tuan Haji Abdul Majid bin Kayat (LETAK JAWATAN 7 FEB 2012)
No. 1, Jalan Maju 3
Taman Pelangi
80400 Johor Bahru
Hp : 0127811041


8. Tuan Haji Sulaiman bin Parman
B9-02-04, Taman Desa Mutiara
81100 Johor Bahru
Hp : 0167847950


9. Puan Hajjah Rosnah binti A. Jalil
No. 2, Jalan Rusa 7
Taman Century
80250 Johor Bahru
Hp : 0197461216


10. Tuan Haji Mohd. Fahami bin Samad
No. 11, Jalan Utama 19
Taman Mutiara Rini, Skudai
81300 Johor Bahru
Hp : 0197165051


11. Encik Md. Diah bin Yusof
No. 3, Jalan Langsat
Peti Surat 142
86000 Kluang
Hp : 0137777053
Fax : 07-7744788


12. Tuan Haji Mohamad Said bin Ibrahim
No. 1, Jalan Barli 2 / 2
Taman Skudai Kanan
Bandar Baru UDA
81200 Johor Bahru
Hp : 0197776263
Fax : 07-2324391


13. Tuan Haji Abd Lah @ Abdullah bin Haji Awang
No. 5, Jalan Padi Huma 7
Bandar Baru Uda
81200 Johor Bahru
Hp : 0197770435
Fax: 07 5562144


PENGERUSI PERHUBUNGAN DAERAH


14. Puan Hajjah Salmah binti Sainal (PPD Johor Bahru)
No. 9, Jalan Murai
Kampung Dato’ Onn Jaafar
Larkin Jaya
80350 Johor Bahru
Hp : 0137458956


15. Tuan Haji Mohamad Taib bin Mansor (PPD Pontian)
No. 151, Jalan Sri Aman
Taman Sri Amar
82000 Pontian, Johor
Hp : 0137700789
Fax : 07-6873004




16. Puan Alwiyah binti Talib (PPD Mersing)
No. 3, Jalan Ariffin 1
80100 Johor Bahru
Hp : 0137514004


17. Encik Zolkefli bin Mohd. Noor (PPD Kluang)
No. 14, Tingkat 1
Jalan Intan 7/3
Taman Intan
86000 Kluang
Hp : 0197767225
Fax : 07-7771624


18. Kapt. (B) Abu Bakar bin Othman (PPD Segamat)
No. 25, Jalan Buloh Kasap
85000 Segamat
Hp : 0177295594


19. Tuan Haji A. Rashid bin Monshee (PPD Kota Tinggi)
Peti Surat 90, PTD 11169
Jalan Lombong
Taman Kota Jaya
81900 Kota Tinggi
Hp : 0137530381


20. Tuan Haji Daim bin Asar (PPD BATU PAHAT)
No. 18, Jalan Murni 2
Taman Murni
83000 Batu Pahat
Hp : 0127474007


AHLI BERSEKUTU

21. Tuan Haji Shalihuddin bin Abas (Persatuan Pengguna Muar)
No. 59, Lorong Haji Abas
Jalan Dato’ Kusai
84000 Muar
Hp : 0176370454

Wednesday, February 29, 2012

BORANG KEAHLIAN PPBNJ




Bayaran Penfataran ahli RM 5.00, Yuran tahunan RM 5.00, Ahli Seumur hidup RM 50.00

Tuesday, February 28, 2012

MESYUARAT AJK PPBNJ kali 1 / 2012



MESYUARAT AJK PPBNJ kali 1 / 2012

Mesyuarat AJK PPBNJ kali 1 / 2012 akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh: 29 hb Februari 2012

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Bilek Mesyuarat, No 24-02, Jalan Garuda 1,
LarkinJaya, 80350 Johor Bahru.

AJK & Wakil Daerah di jemput hadir. Kehadiran di hargai.