Saturday, July 2, 2016

Kesalahan trafik

Barang siapa yang menggunakan lorong kecemasan di lebuhraya tidak akan disaman (dikompaun) lagi sebaliknya akan terus dihadapkan ke mahkamah serta dikenakan denda RM5,000 / maybe penjara. Tolong ingatkan keluarga, saudara mara & rakan-rakan 😫
Kena ingat *Ops Selamat* *ke 9* mulai hari ini hingga 13/7/2016 jangan lakukan *(6 )*kesalahan tersebut di mana kesalahan tersebut *TAK BOLEH BAYAR* mesti pergi *MAHKAMAH.*

Senarai 6 kesalahan yg kena ke Mahkamah untuk Ops Selamat 9-2016
-------------------------
*1. Had laju*
*2. Memotong di garisan berkembar*
*3. Langgar lampu isyarat*
*4. Memotong barisan ( potong Q)*
*5. Lorong kecemasan*
*6. Memandu mengguna     alat komunikasi*

Thursday, June 23, 2016

Skim kawalan harga musim perayaan

Dimaklumkan bermula 16 Jun 2016 hingga 6 Julai 2016, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri (SKHMP) akan berlangsung. Berikut adalah item-item yang disenarai sebagai barang kawalan :

1. Ayam Hidup (RM 6.70/kg)
2. Ayam Standard (RM 7.90/kg)
3. Ayam Super (RM 8.80/kg)
4. Daging Lembu Tempatan (RM 30/kg)
5. Daging Kerbau Import (RM 17.00/kg)
6. Telur Ayam A (RM 0.37/biji)
7. Telur Ayam B (RM 0.36/biji)
8. Telur Ayam C (RM 0.35/biji)
9. Cili Merah (RM 16.00/kg)
10. Tomato (RM 4.00/kg)
11. Kubis Bulat ( Indonesia dan China) - RM 3.50/kg
12. Kelapa Parut (RM 6.00/kg)
13. Bawang Merah Kecil (India) - RM 6.00/kg
14. Bawang Besar Import (RM 3/kg)
15. Bawang Putih (China) - (RM 10.50/kg)
16. Ubi Kentang Import (China) -RM 3/kg)
17. Ikan Kembung termasuk Ikan Mabung (RM 11.00/kg)
18. Ikan Selayang (RM 8.00/kg)
19. Ikan Aya/Tongkol ( dikawal di Kelantan, Terengganu, dan Pahang shj)

Peniaga diwajibkan meletakkan Tanda Harga berwarna Merah Jambu. Laporkan jika peniaga tidak meletakkan tanda harga!

Hubungi 1-800-886-800
Aduan: eaduan.kpdnkk.gob.my

*Harga kawalan diatas adalah harga di Semenanjung Malaysia sahaja.

#penggunabijak

Wednesday, June 22, 2016

Program Pemantauan Harga

Program Pemantauan Harga PPBNJ pd 25.6.2016, Sabtu jam 11.00pg di Kipmart Skudai, JB. Sila tunggu di pintu masuk.

Sunday, June 12, 2016

Mesyuarat Ajk dan Iftar Ramadhan

Mesyuarat Ajk Jasra akan di adakan pada jam 5.00 petang, Hari Sabtu 18 Jun 2016, bertempat di Pusat Kommunikasi Bencana Jasra Daerah Kluang, JKR 449, Jalan Hospital, Kluang. Majlis tahlil dan doa selamat serta Majlis berbuka Puasa akan diadakan selepas itu. Kehadiran rakan2 HAM amatlah di alu2kan. Sila bawa juadah berbuka puasa (Pot Luck).

Sunday, March 20, 2016

AGM PPBNJ

Mesyuarat agung ke 12 PPBNJ  akan diadakan pada 9/4/2016 @ 9.00 pagi di dewan masjid kg melayu. Kehadiran di hargai