Thursday, November 26, 2015

Festival Trak Johor

Jemput ke MAJLIS PELANCARAN FESTIVAL TRAK JOHOR 2015.
dirasmikan olih: YAB DATO MENTERI BESAR. pada: 27hb. November (jumaat) Jam: 3.00 petang. Bertempat: STADIUM PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR.
Di harap ahli jawatankuasa dan ahli PPBNJ bersama2 memeriahkan upacara perasmian tersebut. Kerjasama tuan dan Puan sangat 2 dihargai.

Friday, July 3, 2015

Skim harga kawalan musim perayaan Aidil Fitri 2015

Berkuatkuasa 7/7/2015  hingga 23/7/2015, Berikut senarai 21 barangan tersebut di bawah skim harga kawalan musin perayaan Aidil Fitri 2015

1. Ayam hidup
2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
4. Telur ayam gred A
5. Telur ayam gred B
6. Telur ayam gred C
7. Daging lembu tempatan
8. Daging lembu import (dikawal di Sarawak sahaja)
9. Daging kerbau import (India)
10. Cili merah
11. Tomato
12. Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
13. Kelapa biji (dikawal peringkat borong sahaja)
14. Kelapa parut (dikawal peringkat runcit sahaja)
15. Bawang merah kecil (India)
16. Bawang putih (China)
17. Bawang besar import
18. Ubi kentang import (China)
19. Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)
20. Ikan selayang (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram)
21. Ikan aya/tongkol (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor setiap kilogram) (dikawal di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja)

Sunday, June 14, 2015

Mesyuarat Ajk PPBNJ

Mesyuarat AJK PPBNJ akan diadakan pada jam 11.30 pagi,  16/6/15,  di bilek Mesyuarat PERKIM,  Jalan Gariuda 1, Larkin,  JB.  Kehadiran di hargai

Thursday, May 7, 2015

Agm PPBNJ

Mesyuarat agong PPBNJ akan diadakan pada hari sabtu ini 9/5/2015, di dewan mesjid kg. Melayu Majidee , jam 8  pagi pendaftaran n sarapan pagi. Kehadiran di hargai.

Monday, February 2, 2015

Kuasa pengguna

Saya merasakan sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia bersatu hati bagi mempertahankan hak kita sebagai pengguna.

Pengguna seolah-olah hilang arah dan merasakan kita tiada pilihan apabila harga dinaikkan oleh para peniaga.

Kita juga terpaksa menelan hakikat bahawa harga barangan terpaksa dinaikkan disebabkan kos bahan api yang meningkat. Oleh kerana kita adalah pengguna prihatin terhadap nasib peniaga, maka pengguna Malaysia seakan-akan redha dan sanggup berkongsi kesusahan dengan peniaga. Menanggung kenaikan harga barangan bagi mengelakkan kerugian peniaga.

Namun keadaan berlaku sebaliknya, apabila harga minyak turun sehingga mencecah RM1.70 seliter, peniaga tiada pula rasa kasihan kepada pengguna.

Alasan yang diberikan tetap sama, mereka adalah peniaga kecil saja, pembekal tidak turunkan harga. Pembekal pula menyalahkan pemborong, pemborong menyalahkan pedagang.

Jika ini adalah senarionya, maka benarlah saranan YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani agar para pemborong dan pedagang harus diboikot agar mereka sedar bahawa, hakikatnya kuasa adalah di tangan pengguna, bukannya mereka.

Oleh itu, pedagang dan pemegang kartel tanpa mengira bangsa harus dijadikan sasaran. Apabila mereka menurunkan harga, maka yang lain lain akan juga menuruti langkah tersebut