Wednesday, May 23, 2012

HAK-HAK PENGGUNA


Apakah Hak-Hak Pengguna?
  • Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan, kemudahan awam, air dan sanitasi.
  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.
  • Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
  • Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
  • Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.
Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?
  • Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan  tanda perniagaan.
  • Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
  • Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
  • Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan penggunaan dan batasannya
  • Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat bahan-bahan.
  • Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya. (contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
  • Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa.
  • Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
Aduan Pengguna
  • Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
  • Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.
Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
  • Talian bebas tol
1 - 800 - 886 - 800
  • Portal Rasmi:

Pengguna sering ditipu menerusi:
    • Penipuan Perkhidmatan
    • Penipuan Harga
    • Cetak Rompak
    • Penipuan Jualan Langsung
    • Produk Tiruan
    • Tanda Harga Yang Mengelirukan
    • Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
    • Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
    • Penipuan Perjanjian Sewa Beli

Sunday, May 20, 2012

MESYUARAT AJK JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012

Mesyuarat AJK Jelajah Amal Ramadhan 2012 akan diadakan pada jam 9.00 pagi, Hari Khamis, 24hb Mei 2012, bertempat di Bilek Mesyuarat, Yayasan Warisan Johor. Kehadiran amatlah di hargai.

MESYUARAT AJK PPBNJ - 23/5/2012

MESYUARAT AJK PPBNJ akan diadakan pada jam 10.00 pagi, Hari Rabu, 23/5/2012, bertempat di 24-02, Jalan Garuda 1, Larkin Jaya, Johor Bahru. Kehadiran semua AJK adalah di hargai.

Thursday, May 17, 2012

MAKLUMAN BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM

MAKLUMAN DARI BAHAGIAN HAB HALAL, JAKIM 

Dimaklumkan bahawa sehingga kini pihak Jakim belum melantik secara rasmi mana-mana pihak luar yang menjalankan aktiviti konsultasi pensijilan halal. Walaubagaimanapun, pihak Jakim tiada halangan jika pihak syarikat ingin menggunakan khidmat konsultasi pihak luar dalam pensijilan halal. Sebarang risiko adalah ditanggung oleh pihak syarikat.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/275-makluman-dari-bahagian-hab-halal-jakim

HALAL INFO BOOK

Halal Info Book for Young Generation

1. What Is Halal? / Apa itu halal? (RM 5 each)
2. Halal Activity Book / Buku Aktiviti Halal (RM 8 each)

* Price not include postage/harga tidak termasuk pos.
Contact : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.124296157694587.2500.109852599138943&type=1

PEKELILING PENSIJILAN HALAL


PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2012
PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM

TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan pengkitirafan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM dengan merujuk kepada Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2012 tentang perkara perakuan perihal halal bagi niakanan dan barang-barang import.

LATAR BELAKANG

2. Dalam melaksanakan pensijilan halal, JAKIM turut membuat pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara bagi mengesahkan status halal sumber bahan mentah dan produk siap atau separa siap yang dikeluarkan di negara berkenaan untuk tujuan pengimportan.

3. Objektif pengiktirafan ini adalah memastikan badan pensijilan halal tersebut melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan pensijilan halal dan pemantauan ke atas produk-produk yang dihasilkan di negara berkenaan. Untuk tujuan ini, badan pensijilan halal di negara pengeluar produk berkenaan telah diberi pengiktirafan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

4. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, terdapat isu dan masalah yang timbul berkenaan produk yang telah dipersijilkan halal oleh badan pensijilan halal luar negara terutama apabila badan pensijilan tersebut turut membuat pensijilan halal terhadap
produk yang dihasilkan di negara-negara luar. Hal ini menimbulkan kekeliruan tentang kualiti dan kesahihan status halal produk tersebut di kalangan pengguna lslam umumnya dan pihak industri khususnya.

5. Selain daripada itu, Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 memberi penekanan kepada produk import yang akan ditanda sebagai halal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai halal hendaklah diperakukan oleh badan pensijilan halal
luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di negara berkenaan. Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan barang-barang yang diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKTM hendaklah menandakan pada
makanan dan barang-barang itu, dengan logo halal atau nama badan pensijilan tersebut.

KAEDAH PENGIKTIRAFAN BAGI BADAN.PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA

6. Secara umumnya, badan pensijilan halal luar negara yang ingin mendapatkan pengiktirafan daripada JAKIM perlu mendapat pengiktirafan sebagai sebuah organisasi tertakluk kepada undang-undang negara tersebut. Badan pensijilan tersebut juga perlu
mempunyai logo sendiri sebagai pengenalan identiti. Badan pensijilan yang ingin mendapatkan pengiktirafan JAKIM perlu memohon secara terus kepada Bahagian Hub Halal, JAKIM dengan mengisi borang permohonan yang telah ditetapkan dan menyertakan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

7. Audit pematuhan seterusnya dijalankan ke atas badan pensijilan tersebut. Antara aspek yang dinilai semasa audit pematuhan adalah keupayaan badan pensijilan tersebut bagi melaksanakan pensijilan halal. Hal ini termasuk aspek sumber manusia, sistem pensijilan, standard atau garis panduan halal, tenaga pakar dalam bidang syariah dan teknikal, sumber rujukan fatwa, pengurusan dan pengawalan rekod pensijilan serta pemantauan. Selain itu, audit pemerhatian juga akan dijalankan ke atas pusat penyembelihan dan kilang/loji pemprosesan makanan terpilih yang telah disahkan kaedah pengauditan

8. Hasil auditan akan dibentangkan di Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Luar Negara untuk mendapat keputusan Sekiranya keputusan permohonan untuk pengiktirafan diluluskan.oleh JAKIM, surat pelantikan akan diberikan kepada badan pensijilan halal tersebut. Senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM akan dimuatnaik di dalam laman web JAKIM. Bagi badan pensijilan yang gagal dalam permohonan, surat rasmi akan dikeluarkan untuk memaklumkan tentang perkara
tersebut. Badan pensijilan yang gagal dalam permohonan, boleh memohon semula selepas 6 bulan dari tarikh surat dikeluarkan setelah tindakan pembetulan dilakukan. Bagi badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, audit semula akan dijalankan selepas tempoh 2 tahun dari tarikh pelantikan dan badan pensijilan tersebut akan dimaklumkan terlebih dahulu.

HAD KUASA BAGI BADAN PENSIJILAN HALAL LUAR NEGARA
10. Had kuasa yang diberikan kepada badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM bagi melakukan pensijilan halal kepada barang-barang import diklasifikasikan kepada keadaan berikut:
Bagi negara-negara lslam, pengiktirafan diberikan kepada pihak / agensi yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan negara berkenaan;
Bagi negara-negara bukan lslam, pengiktirafan halal ini adalah diberikan kepada badan pensijilan yang telah memenuhi syarat-syarat pengiktirafan yang ditetapkan oleh JAKIM; Pengiktirafan diberikan adalah hanya diberikan kepada pengesahan produk yang
dikeluarkan di negara berkenaan sahaja. Walaubagaimanapun pengecualian diberikan kepada:
a) negara-negara di Kesatuan Eropah. Bagi negara-negara di Kesatuan Eropah, pengiktirafan daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM adalah meliputi produk-produk yang dikeluarkan di negara berkenaan dan seluruh negara anggota di Kesatuan Eropah.
b) negara-negara yang masih tidak mempunyai badan pensijilan halal yang diiktiraf. Bagi negara-negara yang tiada badan pensijilan halal yang diiktiraf, pensijilan halal yang dikeluarkan oleh badan pensijilan halal negara berjiran adalah diterima.

TEMPOH PERALIHAN
11. Produk-produk atau bahan mentah yang menggunakan sijil halal badan pensijilan yang tidak diiktiraf oleh JAKIM, diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012
untuk bertukar kepada pengesahan halal oleh badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM untuk mematuhi pekeliling ini.

TARIKH KUAT KUASA
Pekeliling ini berkuat kuasa mulai daripada 1 Januari 2012.

PERTANYAAN
13. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada:
BAHAGIAN HAB HALAL,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
ARAS BAWAH, BLOK 2200, EB3,
PERSIARAN APEC,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

14. Pekeliling ini terpakai kepada semua barangan import yang ingin menggunakan
logo atau apa-apa penandaan termasuk penggunaan sebagai bahan mentah dalam
produk halal atau produk yang ingin memohon halal daripada JAKIM dan JAIN.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


(DATO', HJ OTHMAN BtN MUSTAPHA)
Ketua Pengarah,
Jabatan Kemajuan lslam Malaysia.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
PUTRAJAYA
FEBRUARI 2012


http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/263-pekeliling-pensijilan-halal-malaysia-bil32012

LOGO HALAL


Thursday, May 10, 2012

JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM

Program " JELAJAH AMAL RAMADHAN 2012 - NEGERI JOHOR DARUL TA'ZIM" akan dilaksanakan pada FASA I: 29 hb Julai 2012, FASA II: 5 hb Ogos dan FASA III: 12hb Ogos 2012. Program adalah anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan IKHLAS, bersama2 Ngo ( JASRA / MAHKOTA BIKERS / ALUMNI 4B / KELAB RENTAS 4x4 / KRKPJB / PUSPANITA / GERAKAN BELIA 4B / PERSATUAN PENGHULU2 JOHOR / PERDASAMA JOHOR / PERSATUAN PENGGUNA BUMIPUTRA JOHOR / PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA JOHOR / DLL ). Pihak penganjur mengalu2kan SUMBANGAN daripada semua pihak yang berkesudian, didalam bentuk bahan makanan kering , pakaian ataupun wang ringgit untuk di agih2kan kepada Keluarga yang kurang berkemampuan. Bayaran fidyah juga akan di agihkan kepada golongan asnab yg layak. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Tuan Hj Zin ( 017 769 2945 / 07 226 3270 ) atau Tuan Hj Abdullah ( 019 777 0435).